Page 24 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 24
5 Tambah Nilai Kecemerlangan Melalui Aktiviti KoKurikulum
5.1 Pendahuluan
Pada masa kini, aktiviti kokurikulum di Institut Pengajian Tinggi telah menjadi
sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. Aktiviti kokurikulum menjadi medium
untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan dan kerjasama
di kalangan pelajar-pelajar dari berbilang kaum. Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan
di Kolej Komuniti adalah untuk memberi pengalaman dan nilai kecemerlangan kepada pelajar-
pelajar yang akan membantu mereka mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah
Pendidikan Negara, dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek
rohani, jasmani, emosi dan intelek, aktiviti kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut.
Beberapa aspek yang mempengaruhi pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar telah disenaraikan dalam menjadi pelajar yang cemerlang.
Antaranya aspek kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap. Oleh itu
elemen kokurikulum mesti diperhebatkan bagi memperbaiki sistem pengurusan dan
pentadbiran pelajar sedia ada sejajar dengan perkembangan globalisasi dan perlu dilakukan
pada masa kini agar pelajar Kolej Komuniti dapat bersaing dengan graduan dari Institusi
Pengajian Tinggi yang lain.
18

