Page 26 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 26

5.2.2  Definisi Kokurikulum



                         Kurikulum Kebangsaan 1997:

                         “Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan"

                         di mana Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum

                         dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
                         unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang pelajar
                         dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
                         dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."



                          Warta Kerajaan No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956
                          bertarikh 28hb Disember 1967:

                          “Kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan”.

                          Warta Kerajaan Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94 Perundangan A.P.U
                          (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum

                          Kebangsaan) bertarikh 31hb Disember 1997:

                          “Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang
                          lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
                          darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh

                          dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
                          bilik kuliah”.




                          Definisi Istilah:

                          Aktiviti  kokurikulum  menurut kamus  dewan  merupakan  sebahagian  daripada
                          kurikulum atau aktiviti selain daripada pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tetapi

                          yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajarseperti kegiatan
                          dalam sukan, persatuan  dan sebagainya. Mahir pula bermaksud terlatih untuk
                          mengerjakan sesuatu, sementara kemahiran  merujuk kepada kecekapan dan
                          kepandaian. Generik pula bermaksud umum yang terdapat pada kumpulan atau pada
                          kelas.











                                                                                                       20
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31