Page 3 - PowerPoint Presentation
P. 3
ahad 16/2/2020
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
SK DATUK ISMAIL SAADON 2018/2019
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. dan salam sejahtera.
Yang saya hormati,
Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya bersyukur
ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-
aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-44, PIBG SKDIS. Syukur Alhamdulillah.
Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK
PIBG, Alumni SKDIS, KSIB dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya
untuk menerajui PIBG SK Dtuk Ismail Saadon sesi 2018/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya.
Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita
dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita
khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga SK Selayang Jaya
kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang.Selain bidang akademik, wakil sekolah
kita telah menjadi juara sofbol peringkat negeri dan berjaya melayakkan diri ke peringkat
kebangsaan.
Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan insfastruktur sekolah yang kian
hari kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah. Oleh hal
demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu bapa turut
bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama menyumbangkan
khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.
Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 ingin memohon maaf sekiranya
ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG sesi
2018/2019. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang
dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(JOHARI BIN HASAN)
Naib Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Saadon

