Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4
ahad 16/2/2020
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
SK DATUK ISMAIL SAADON
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat
kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 ini dalam suasana yang harmoni.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.Untuk makluman hadirin
semua, tahun 2020 merupakan tahun memperkasakan akademik dan sahsiah yang telah diadun khas
untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku
transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua
pendidik dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-
tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang
bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan
rohani dan jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengejar impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil
menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-
sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan
merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2018/2020 dan warga
pendidik SKDIS pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah
menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya
tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi
PIBG sekolah kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK PIBG sesi 2018/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat
menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(ZAMRI BIN HJ ISHAK)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Daruk Ismail Saadon

