Page 94 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 94
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BIASISWA,BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID
(BKP,BYP,B.SUKAN,KWAPM,TAKAFUL,ZAKAT,DERMA KILAT,BANTUAN PAKAIAN)
1. Meneliti dan memahami Surat Pekeliling Iktisas dari KPM, JPNP, pihak penaja untuk
mempastikan syarat kelayakan permohonan dan penerimaan biasiswa dan bantuan dipatuhi.
2. Mengedar borang biasiswa (BKP,BYP) dan bantuan kepada murid Tahun Tiga, mengedar Borang RMT
bagi mjurid yang layak bagi Tahun Satu – Tahun Empat mengikut masa tawaran dan menentukan
tarikh akhir penghantaran borang permohonan.
3. Memproses, menyemak, membuat penilaian dan perakuan semua permohonan biasiswa dan
bantuan.
4. Menyemak dan mengemas kini daftar dan rekod pemegang Biasiswa dan bantuan dalam SMM.
5. Menyemak prestasi akademik dan sahsiah pemegang biasiswa dan menyediakan laporan kepada
Penaja, Guru Besar dan PK HEM.
6. Menghantar surat peringatan kepada murid dan ibubapa / penjaga bagi pemegang biasiswa yang
prestasi akademik dan sahsiahnya merosot.
7. Mempastikan semua pemegang biasiswa mempunyai Buku Akaun Bank / Kad Bank.
8. Menyemak buku daftar / rekod penerimaan cek baucer biasiswa di pejabat.
9. Mewujudkan sistem kawalan pengeluaran wang biasiswa.
10. Menguruskan kebajikan pelajar, pelajar miskin , kemalangan, rawatan berterusan
(penyakit kronik ), kematian, kecemasan / ditimpa bencana.
11. Mencadang, mengenal pasti dan menyediakan senarai nama pelajar yang layak mendapat
biasiswa dan bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.
12. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru
Besar.
13. Menubuhkan dan mengelola Tabung KebajikaN Murid (Tabung Penyayang) / mengadakan kutipan
derma kilat untuk murid yang kematian ayah / ibu / penjaga.
14. Memastikan semua murid menyertai skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) dan membantu
pentadbir menguruskan tuntutan takaful pelajar.
15. Memberi nasihat dan mengingatkan penerima biasiswa dan bantuan supaya menggunakan wang
yang diberi dengan berhemah danberjimat.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 94

