Page 92 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 92
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA (4K)
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan 3K Sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat JK 4K Peringkat Sekolah tiga kali setahun (Januari, Jun, September)
3. Merancang dan mengawalselia Program 4K Peringkat Sekolah.
4. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 4K.
5. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong
pelaksanaan Program 4K.
6. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 4K Peringkat Sekolah.
7. LAPORKAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Maran dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ( 1 hari laporan awal; 3 hari laporan
lengkap; 7 hari kes dianggap selesai).
8. Melaksanakan dan mengawalselia aktiviti-aktiviti khas bagi Program 3K.
8.1 Penilaian Kendiri Kantin Sekolah
8.2 Senarai Semak Keselamatan Sekolah
8.3 Gotong-royong Perdana KPM
8.4 Pertandiagan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
8.5 Penyelenggaraan Tandas Sekolah dan Taman-Taman Tema.
8.6 Kempen Keselamatan Jalan Raya
8.7 Kempen Bebas Denggi
8.9 Kempen Hidup Sihat tanpa Dadah dan Rokok.
8.10 Kempen Benteras Jenayah / Vandalisme
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 92

