Page 40 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 40

2.  Teori kraf perkhemahan dan ikhtiar hidup

                       BERKHEMAH
                       Berkhemah adalah sesuatu aktiviti yang menarik dan menggembirakan kehidupan
                       seseorang yang benar-benar mengetahui dan menikmati keindahan alam semulajadi
                       yang di cipta oleh Maha Pencipta.

                       2.     PEMILIHAN KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN
                       Sebelum menjalankan sesuatu perkhemahan seseorang pengajur ataupun ketua
                       penasihat kumpulan perlu terlebih dahulu mengetahui kedudukan kawasan dan tempat
                       yang sesuai sama ada di sekitar kawasan tempat tinggal ataupun di luar daerah


                       1.1.1  CARA-CARA MENDIRIKAN KHEMAH
                       Mendirikan khemah adalah sesuatu yang amat teknikal. Dari itu hendaklah berhati-hati
                       supaya dapat mendirikan khemah yang kukuh, selamat dan selesa bila
                       digunakan.Berikut ini adalah petua-petua yang boleh diikuti supaya khemah kelihatan
                       kemas:
                       1.     Pintu atau lubang keluar dan masuk khemah seelok-eloknya berkelim tepi atau
                       berzip dan diikat atau dizip supaya tidak terkibar-kibar apabila ditiup angin.
                       2.     Masukkan putting besi atau kayu di hujung tiang-tiang khemah ke lubang
                       kembes ‘canvas’ dengan sempurna.
                       3.     Apabila menarik tali penyokong utama untuk ditegakkan atau ditegangkan,
                       pastikan kedudukan tali itu pada sudut 45 darjah dan takalnya tidak terlalu dekat dengan
                       pasak.
                       4.     Pasak disebelah tepi sebaik-baiknya diatur selari. Tali hendaklah ditarik sehingga
                       bahagian tepi khemah mencecah tanah.
                       5.     Gunakan pasak-pasak kecil supaya dinding khemah kelihatan kemas.


                       1.1.2  KEBERSIHAN KHEMAH
                       Kawasan di sekeliling perkhemahan perlu dijaga kebersihannya. Kita anggapkan
                       kawasan perumahan kampung baru yang perlu dijaga kebersihan, kesihatan dan
                       keselamatan sama seperti keadaan dirumah.

                       1.1.6    PERSEDIAAN PERKHEMAHAN

                       Sebelum menjalankan aktiviti perkhamahan, peserta digalakkan menyediakan senarai
                       semakan keperluan yang perlu ada supaya perjalanan perkhemahan berjalan dengan
                       lancar dan mengelakkan kemalangan yang tidak di duga. Antara keperluan
                       perkhemahan adalah seperti berikut;
                       1.     Pakaian yang sesuai
                       2.     Naungan (khemah, pancho, tikar atau hamparan)
                       3.     Alatan memasak
                       4.     Bekalan Makanan Asas
                       5.     Lampu suluh
                       6.     Pisau,parang,kapak dan sebagainya
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45