Page 41 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 41
7. Peti Pertolongan Cemas
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
KRAF PERKHEMAHAN / PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN
1. Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahan-
arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
2. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat
tinggi.
3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
5. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti.
6. Mematuhi semua nasihat, teguran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau
penunjukcara. Undangan.
7. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan.
8. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari pensyarah penasihat.
PENJAGAAN KHEMAH
1. Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
2. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
3. Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi
bahan kimia.
4. Khemah hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman
haiwan perosak dan di tempat yang kering.
5. Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap
sebelum disimpan.
SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN
1. Khemah tempat masak.
2. Khemah tempat solat.
3. Khemah peserta.
4. Kanvas alat duduk.

