Page 51 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 51
Tarikh: 8/9/2021
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tajuk: 1. Ujian Simpulan dan ikatan
2. Ujian Kraf Perkhemahan
Pemimpin yang bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron
9.00 pagi – 10.00 pagi
Taklimat ujian simpulan dan ikatan dan ujian kraf perkhemahan.
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan
tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran
tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di
dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam
Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
2.30 petang – 3.00 petang
Ujian Simpulan dan ikatan
Arahan tugasan:
1. Kenalpasti 6 jenis simpulan dan 3 jenis ikatan berdasarkan fungsi seperti dalam Jadual 1
dan Jadual 2.
2. Rakam video demonstrasi membuat simpulan dan ikatan yang jelas.
3. Hasilkan video montaj berdurasi 5 minit yang mengandungi gabungan semua demonstrasi
simpulan tersebut.
4. Tarikh akhir penghantaran ialah selewat-lewatnya 10 September 2021 (Jumaat – 11.59 mlm).
Simpulan dan ikatan yang diuji:
1. Buku sila - Menyambung 2 tali yang sama saiz dan mengikat anduh.
2. Bunga Keti - Menyambung hujung 2 tali yang berlainan saiz seperti mengikat tali kapal.
3. Tindih kasih - Menyelamatkan mangsa dengan memasukkan ikatan di keliling badan
mangsa. Lubang tali tidak terjerut semasa mengangkat mangsa.
4. Manuk - Permulaan ikatan pada kayu. Biasanya digunakan untuk mengikat benda yang
licin seperti kayu, botol dan pancang khemah.
5. Lilit balak - Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol
kayu
6. Simpul belit - Mengikat tali pada tiang dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

