Page 54 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 54

Tarikh: 10/9/2021

               Hari: Jumaat
               Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

               Pemimpin yang bertugas: Pn. Norhaslina binti Nordin


               Sebagai seorang ahli perkhemahan anda dikehendaki menyediakan satu atau dua jenis

               masakan rimba iaitu memasak tanpa menggunakan dapur gas, periuk, kuali atau lain-lain

               peralatan memasak yang biasa digunakan di dapur rumah anda. Sebagai pengganti anda

               boleh menggunakan daun, ranting, batu, jaring dawai, ruas buluh, buah-buahan tertentu,
               tanah liat, lumpur dan sebagainya. Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah

               minimum.

               Tugasan perkhemahan maya ini adalah secara kumpulan .

               Kumpulan 3 orang – 2 menu
               Kumpulan 2 orang – 1 menu



               Anda dikehendaki:
               1. Menyedia, memasak dan menghidang makanan masakan rimba yang siap dimasak.

               2. Semua persediaan memasak dan menghidang mesti dilakukan di luar rumah (out

               door)
               3. Kaedah memasak yang dicadangkan ialah membakar/memanggang atau merebus.

               4. Gabungkan semua hasil kerja dalam satu rakaman. Setiap wakil kumpulan perlu

               memuatnaik gabungan rakaman montaj dan video (ambil sedutan sahaja) ke GC

               untuk penilaian. Rakaman adalah berdurasi 3-4 minit sahaja.
               5. Maklumat yang perlu ada dalam rakaman montaj tersebut:

               a. Nama ahli kumpulan

               b. Menu
               c. senarai bahan masak

               d. kaedah menyalakan api (video)

               e. Sedikit penerangan tentang masakan rimba yang telah anda sediakan dihujung

               rakaman.
   49   50   51   52   53   54   55