Page 7 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 7
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh
pengawai Ingeris sama ada daripada pengawai
pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap
ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti
penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para
pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di
Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku
Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini
menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi
ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu
terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa)
pada 1hb September 1957.

