Page 8 - BM4_NUR ALIA SAHIRAH BINTI ZAIDI_BUKU LOG PENGAKAP
P. 8
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan
November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura
kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia
pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri
daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah,
Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak,
Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu
pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan
dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada
5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang
ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan
pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara
mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

