Page 4 - CERPEN CINTA AHMAD MUTAWALKIL
P. 4
TEMA
Perjuangan menentang penjajah
- Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya
terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis.
Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat
tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil
telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan
melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat
patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang
mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian
selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang
komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan
pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati
kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”

