Page 5 - CERPEN CINTA AHMAD MUTAWALKIL
P. 5
PERSOALAN
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung.
● Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung
apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri
untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah.
2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan.
● Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara
bekerja dengan orang putih.
3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
● Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh
ketenangan hidup masyarakat kampung hilang
4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
● Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari
Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan
Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai
anak angkatnya.
5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
● Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal
ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris.
6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan

