Page 2 - Majlis Apresiasi Murid SKSJ2 2019
P. 2

GURU BESAR SKSJ2









              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

              Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita sekali lagi berjaya mengadakan Hari
              Apresiasi  Pelajar  Murid  2019.  Saya  ingin  merakamkan  ucapan  ribuan  terima  kasih  dan
              penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola Hari Aspresiasi Pelajar 2019  SK Seremban

              Jaya 2 atas  penganjuran majlis yang amat bermakna ini.
                    Hari  Apresiasi  Pelajar  ini  merupakan  medium  penghargaan  sekolah  kepada  semua

              murid yang cemerlang tidak hanya dari segi akademik bahkan juga dari sudut sahsiah dan
              kokurikulum yang amat membanggakan sekolah. Saya berharap agar semua penerima anuge-
              rah cemerlang  bagi tahun  2019 yang kita raikan pada majlis ini akan terus menyumbangkan
              jasa disamping memantapkan diri dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum demi  memas-
              tikan mereka akan terus cemerlang pada masa yang akan datang.
              Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar
              semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk

              mempertingkatkan mutu pemcapaian mereka dalam bidang akademik bahkan dalam bidang
              kokurikulum  juga.    Bagi  pihak  sekolah,  saya  mendoakan  agar  pelajar-pelajar  akan  terus
              melakar  kejayaan  yang  bakal  membanggakan  diri  sendiri,  keluarga  ,  sekolah,  masyarakat,
              bangsa dan negara.

                    Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anu-
              gerah  dan  terima  kasih  daun  keladi  kepada  jawatankuasa  Hari  Apresiasi  Pelajar  2019
              Sekolah  Kebangsaan  Seremban  Jaya  2.    Kepada  tetamu  dan  hadirin,  sokongan  tuan  puan
              akan dikenang sampai bila-bila.
                       Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warah-
              matullahi wabaratuh.



                                                  Sekian, Terima Kasih

              AHMAD KASHFI BIN MOHD ALI
              GURU BESAR
              SK SEREMBAN JAYA 2
   1   2   3   4   5   6   7