Page 3 - Majlis Apresiasi Murid SKSJ2 2019
P. 3

UCAPAN PERASMI







                    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



                     Saya  mengucapkan  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  tahniah  kepada  guru-guru  dan
                     murid-murid Sekolah  Kebangsaan  Seremban Jaya 2 atas  kejayaan menganjurkan Hari
                     Apresiasi Pelajar  2019.

                          Tahniah kepada para pelajar  di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam
                     mengharungi  dunia  pembelajaran,  ternyata  segala  usaha  dan  pengorbanan  akhirnya
                     membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang gilang-gemilang ini merupakan titik permu-
                     laan bagi anda untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran anda nanti.

                          Kejayaan murid pada hari kecemerlangan ini adalah menjadi simbol kejayaan sis-
                     tem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu
                     bapa  dan  murid  sendiri.  Sekolah  sebagai  institusi  pendidikan  berperanan  untuk  mem-
                     bangunkan dan mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran dan pembela-
                     jaran. Setiap pelajar  memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah
                     Tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-
                     program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap
                     pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan
                     oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu
                     pelajar untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

                          Saya yakin komuniti  sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima peru-
                     bahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian
                     Pelajaran  Malaysia  yang  termaktub  dalam  Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan
                     (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia
                     dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan
                     untuk  masa  depan  masing-masing.  Para  guru  pula  hendaklah  bersungguh-sungguh
                     memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi sekolah sebagai
                     institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya.

                          Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pem-
                     bangunan pendidikan di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk
                     membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.


                                                      Sekian, terima kasih.


                     MOHD WAZIR BIN HAMZAH
                     KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN

                     SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
                     JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN





                                                         3
   1   2   3   4   5   6   7   8