Page 3 - BPS 2020 FINAL untuk cetakan
P. 3
KATA-KATA ALUAN PENGETUA
Untuk Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana,
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin,
Jejawi, 02600 Arau,
Perlis.
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberikan kesempatan untuk
memberikan sepatah dua kata dalam BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2020 (BPS 2020) ini. Terlebih dahulu, ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah 2020 yang
telah bertungkus lumus membantu menyiapkan buku ini. Buku Pengurusan Sekolah ini penting sebagai rujukan dan garis
panduan kepada semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah
dan berkesan. Insya-Allah.
Saya ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan yang baharu tahun 2020. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua warga kerja SEMSIRA kerana telah berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi
persekolahan 2019 yang lalu. Kerja buat warga SEMSIRA adalah seiring dengan slogan “1 Haluan, Sehaluan”.
Harapan saya semoga Buku Pengurusan Sekolah ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru dan AKP.
Ketahuilah bahawa kerja-kerja yang dilakukan secara terancang dan tersususun rapi sudah pasti akan menghasilkan
sesuatu yang berkualiti. Sebenarnya, inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf global yang dihasratkan oleh negara.
Sebagai peneraju organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2020 semua warga SEMSIRA akan dapat
bersama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan apa-apa jua program dan aktiviti yang dirancang. Bertepatan
dengan slogan sekolah,’MUAFAKAT SEMSIRA, BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN’. Jadikanlah setiap perkara
yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat yang akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan
usaha murni kita ini dapat melahirkan lebih banyak modal insan kelas pertama di masa-masa akan datang. Amin.
“LOVE, HAPPINESS, MUTUAL RESPECT”
Terima kasih. Wassalam.
……………………………………
(HAKIMI BIN ABAS)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin,
Jejawi, 02600 Arau,
Perlis.
BPS 2020 | 3

