Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

1. Terus Sambung Ijazah
        Ada sesetengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa
        kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan
        6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang
        baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.



        2. Tempoh Setahun Setengah
        Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah
        merupakan satu pilihan yang bijak. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3
        tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun)
        adalah lebih menjimatkan.



        3. Kerja Kursus
        Melalui sistem pentaksiran STPM yang baharu ada Kerja Kursus. Dengan adanya kerja kursus ini
        akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah,
        maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred
        yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.


        4. Murid : Guru
        Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil
        berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh
        pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru.


        5. Peluang ke IPTA
        Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding
        laluan-laluan lain. Lepasan STPM menjadi pilihan utama 19 IPTA dan  IPTS.  NC dan Pensyarah
        perlukan lepasan STPM ke IPTA masing-masing.


        6. Setaraf Diploma
        Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga
        adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.


        7. Yuran Murah
        Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah
        berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Pelajar tidak perlu meminjam PTPTN untuk
        belajar di tingkatan 6.
   5   6   7   8   9   10   11   12