Page 11 - PowerPoint Presentation
P. 11
8. Ulang Subjek Gagal / Memperbaiki Keputusan
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini
membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang
mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan
mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.
9. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan
adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar
Tingkatan 6 untuk diutamakan.
10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk
ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.
11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.
12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan belajar Tingkatan 6 adalah
boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan
pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah,
maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar
lain.
13. Peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment (CA)
Hal ini menyebabkan lepasan STPM diktiraf dan diterima oleh universiti luar negara seperti oleh
negara-negara komanwel dan negara bukan komanwel.
14. Sijil STPM diperakukan untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam
Lepasan STPM boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam yang kelayakannya
memerlukan lulus STPM atau setaraf dengannya.

