Page 30 - DSKP KSSR BAHASA MELAYU SK Tahun 6
P. 30
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. mendengar, memahami, dan menyebut pelbagai jenis ayat dan ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat;
ii. mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dan ayat tanya dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap pesanan dan menyampaikan pesanan menggunakan bahasa yang santun
dalam pelbagai situasi dengan betul;
iv. bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal dan tidak
formal secara bertatasusila;
v. berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran dan kata ganti nama diri yang sesuai dengan betul dalam situasi formal
dan tidak formal secara bertatasusila;
vi. menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila;
vii. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan pelbagai ayat
yang mengandungi bahasa yang indah;
viii. berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber untuk membuat
rumusan dan menyampaikannya dengan tepat menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila; dan
ix. berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan
ayat yang gramatis secara bertatasusila.
28

