Page 35 - DSKP KSSR BAHASA MELAYU SK Tahun 6
P. 35

DOKUMEN  STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6

               STANDARD KANDUNGAN DAN  STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

               Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :

                  i.   membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang
                       betul;

                  ii.   membaca pelbagai jenis ayat dan ragam ayat daripada pelbagai bahan bacaan secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan
                       intonasi yang betul;

                 iii.   membaca  dan  memahami  maklumat  yang  tersurat  dan  tersirat    daripada  pelbagai  bahan  untuk  membuat  ulasan,  rumusan  dan
                       keputusan dengan memberikan alasan yang betul;

                 iv.   membaca, memahami, dan  menyusun maklumat daripada pelbagai bahan  dan memindahkannya dalam bentuk grafik;

                  v.   membaca, memahami, dan menaakul maklumat daripada bahan dan memindahkannya dalam bentuk grafik, prosa dan puisi; dan

                 vi.   membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk menghasilkan idea baharu.



















                                                                                    33
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40