Page 10 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 10
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar
dan berjanji akan :-
I. MURID
Memberi pendidikan yang berkualiti (PdP abad 21) mengikut kehendak Sekolah Berasrama
Penuh dan KPM.
Melaksanakan pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan penilaian secara berkesan mengikut
standard kualiti yang ditetapkan oleh KPM.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih saying dan mesra kepada
semua murid.
Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.
Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang
ditetapkan melalui aktiviti yang terancang.
Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga
mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.
Memastikan pencapaian sahsiah terpuji semua murid.
II. IBU BAPA
Memberi maklum balas sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga terhadap semua maklumat
berkaitan anak-anak mereka dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.
Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan
diselesaikan dalam masa selewat-lewatnya 45 minit.
Mesyuarat AJK PIBG dan Mesyuarat Agung PIBG dijalankan mengikut ketetapan KPM.
III. STAF
Memastikan semua tindakan berkaitan perkhidmatan setiap guru dan kakitangan diproses
mengikut prosuder dan peraturan yang ditetapkan.
Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.
Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.
Memastikan semua permohonan keperluan pengajaran guru diberi perhatian dan diambil
tindakan tidak lebih daripada lima(5) hari bekerja.
IV. PIHAK BERKEPENTINGAN
Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan Bahagian
Pengurusan BPSBPSK & Kluster KPM mendapat maklum balas segera mengikut keutamaan
berdasarkan SOP yang sedang berkuatkuasa.dalam tempoh tiga hingga
Memastikan sentiasa memberikan kerjasam
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
10

