Page 7 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 7

PROFIL SEKOLAH



                 SM Sains Kuala Terengganu atau akronimnya SESTER mula ditubuhkan pada mac 2000.
        SESTER merupakan  Sekolah Menengah Berasrama Penuh ke-39 di Malaysia. Ia terletak di tanah

        yang berkeluasan 9.5 ekar. Sekolah ini dahulu adalah tapak Maktab Perguruan Pasir Panjang yang
        telah berpindah ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

                 Sekolah Sains Kuala Terengganu diketuai oleh pengetua perintis Tuan Haji Mohamad bin
        Abdulah  telah  memulakan  kecemerlangan  sekolah  dalam  meneruskan  misi  dan  visi  Falsafah
        Pendidikan  Negara.  114  pelajar  pertama  telah  memulakan  pembelajaran  mereka  pada  16  Julai
        2000; mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat dan enam di bawah bimbingan 23 guru
        perintis di Sester.

                 Tahun  2001  menjadi  titik  tolak  kepada  permulaan  Sester  dalam  peperiksaan  SPM  dan
        STPM. Dalam masa hanya 5 tahun, sekolah telah mencapai pencapaian yang besar dalam bidang
        kokurikulum. Pencapaian terbaik Sester adalah apabila Sester berjaya mengungguli 'Pidato' dengan
        menjadi  Johan  Peringkat  Kebangsaan.  Dalam  pencapaian  akademik,  SESTER  adalah  antara
        sekolah terbaik di Terengganu.

               Sehingga sekarang, SESTER telah diterajui oleh enam orang Pengetua. Pengetua sekarang
        ialah En. Mohamad Rafi Bin Omar sejak   17 Mac 2019 yang lalu dari SMK Dato’ Haji Mohd Said

        juga  sebagai  Pengetua.  Sebelum  sekolah  dibuka  sepenuhnya  pada  bulan  Mac  2000,  caretaker
        sekolah merupakan Tuan Haji Jamil bin Sakmin, Penolong Kanan Pentadbiran yang bertukar dari
        SMK Tengku Bariah. Manakala pengetua pertama Tuan Haji Mohamad bin Abdullah ( 16 Ogos 2000
        hingga 9 April 2008), pengetua kedua Tuan Haji Zakaria bin Awang ( 7 Julai hongga 1 Mei 2010),
        pengetua  ketiga  Tuan  Haji  Hassan  bin  Awang  Mat  (1  September  2010  hingga  1  Julai  2016),
        pengetua  keempat  Tuan  Haji  Abdul  Muie  bin  Ngah  (1  Ogos  2016  hingga  30  Julai  2017)  dan
        pengetua kelima Tuan Salim Bin Ab Ghani (24 September 2017 hingga 24 Disember 2018)












           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                  7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12