Page 96 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 96

DASAR HAL EHWAL MURID SESTER



                   1.  PENDAHULUAN

                       Dasar  Hal  Ehwal  Murid  ini  bertujuan  menerapkan  nilai  jati  diri,  kasih  sayang
                       dalam  kalangan  warga  sekolah  bagi  melahirkan  murid  yang  berhemah  dan
                       bertimbang  rasa  dalam  kehidupan  bermasyarakat  supaya  menjadi  garis
                       panduan bagi setiap murid tentang sahsiah diri yang perlu dipatuhi oleh mereka
                       semasa menjadi murid sekolah ini. Diharapkan dengan kerjasama semua dapat
                       membentuk murid-murid lebih bertanggungjawab (responsibility) dan akauntabel
                       (accountability)  dengan  berfikiran  positif  dan  saling  menghormati  dalam
                       kalangan warga sekolah.

                   2.  MATLAMAT

                       2.1   Melahirkan murid berakhlak mulia, berbudi bahasa, bersopan santun dan
                            toleransi kendiri;
                       2.2   Mewujudkan  semangat  kekitaan  dan  sentiasa  berusaha  mencari
                            kecemerlangan dalam hidup;
                       2.3   Menghormati ibu bapa, guru dan pemimpin serta menyayangi yang muda
                            dan menghormati yang tua;
                       2.5   Melahirkan  ahli masyarakat  yang  seimbang,  bersepadu  dari segi  rohani
                            dan jasmani dan
                       2.6    Melahirkan perasaan taat setia kepada sekolah dan negara   .

                   3.  DASAR HAL EHWAL MURID

                       3.1   Setiap  murid  hendaklah  mematuhi  setiap  peraturan  berkaitan  dengan
                            sekolah,  yang  dikeluarkan  dalam  Buku  Peraturan  Sekolah,    yang
                            dikeluarkan  oleh  Kementerian Pendidikan  Malaysia, Jabatan Pendidikan
                            Negeri dan mana-mana pihak yang berwajib.
                       3.2   Pengetua,  Penolong  Kanan,  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal  Murid  dan
                            Penolong Kanan Kokurikulum berhak dan pada bila-bila masa memantau
                            mana-mana kawasan sekolah.
                       3.3   Setiap murid hendaklah mengamalkan pekerti mulia, pergaulan sihat dan
                            menjauhi semua budaya yang bertentangan dengan adab sopan dan
                            syariat.



        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                              94
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101