Page 97 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 97
3.4 Setiap murid hendaklah pada setiap masa menghormati guru-guru,
kakitangan sekolah, pengawas, ketua kelas, pemimpin / ketua-ketua
pasukan beruniform, persatuan dan seumpamanya.
3.5 Kutipan wang / yuran persatuan, badan beruniform dan lain-lain hanya
dibolehkan dengan mendapat kebenaran guru penasihat yang berkenaan
dan di bawah pengetahuan Pengetua, wang kutipan perlulah diserahkan
dengan kadar segera kepada mana-mana guru untuk tujuan
penyimpanan.
3.6 Sentiasa berusaha meningkatkan imej SESTER sebagai sebuah sekolah
yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
3.7 Mana-mana murid atau kumpulan murid yang didapati melanggar mana-
mana peraturan ini boleh dikenakan tindakan disiplin dan dihukum
mengikut Garis Panduan Tindakan Disiplin dan Salah Laku (tertakluk
kepada School (General ) Regulations 1951, Ordinan Pelajaran, 1957 –
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Pekeliling-
pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dari
semasa ke semasa) SERTA tidak dibenarkan mewakili sekolah dalam
aktiviti luar.
3.8 Semua guru adalah Guru Kaunseling (bimbingan)
3.9 Semua guru adalah Guru Disiplin
3.10 Hukuman yang diambil oleh pihak sekolah apabila murid disabitkan
dengan kesalahan:
i. Nasihat
ii. Amaran
iii. Rotan
iv. Gantung Sekolah
v. Buang Sekolah
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
95

