Page 2 - Buku Program MSKPPM Ke-46 2018
P. 2

PESTA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
                                                                               Peringkat Kebangsaan Kali Ke-46 Tahun 2018
                __________________________________________________________________________________________
















                                                            Perutusan
                                         KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
                                                           Merangkap
                                     YANG DIPERTUA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN
                                           PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA



               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
               Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

               Sekalung  tahniah  dan  syabas  diucapkan  kepada  Majlis  Sukan  dan  Kebudayaan  Perkhidmatan
               Pelajaran Malaysia (MSKPPM) Cawangan Negeri Sarawak atas kejayaan dalam mengelolakan Pesata
               Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia kali ke - 46 Tahun 2018.

               Saya  percaya  pesta  seperti  ini  dapat  memberi  peluang  kepada  warga  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia (KPM) menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bersukan. Penyertaan warga KPM juga
               dapat melatih mereka dari segi pengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian dalam sesuatu kejohanan
               sukan seperti ini.

               Pesta ini sudah pastinya akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan martabat warga profesional
               warga  KPM  agar  terus  dijulang  terutama  dalam  bidang  sukan  dan  kebudayaan.  Selain  memupuk
               semangat kesukanan, ia juga sebagai medan untuk membina jambatan perhubungan muhibah serta
               setia kawan dalam kalangan peserta yang datang dari pelbagai negeri.

               Akhir  kata,  saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  setinggi-tinggi  penghargaan  dan
               terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini dan saya berharap agar
               pesta ini akan mencapai matlamat yang disasarkan serta dapat diteruskan di masa hadapan.

               Selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan!

               Sekian, terima kasih.



               DATUK Dr. AMIN BIN SENI
   1   2   3   4   5   6   7