Page 3 - Buku Program MSKPPM Ke-46 2018
P. 3

PESTA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
                                                                               Peringkat Kebangsaan Kali Ke-46 Tahun 2018
                __________________________________________________________________________________________












                                                          Perutusan
                                            PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK
                                                           Merangkap
                     Presiden Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak


               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

               Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

               Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan
               untuk  berkongsi  bicara  dalam  buku  program  Pesta  Majlis  Sukan  Dan  Kebudayaan  Perkhidmatan  Pelajaran
               Malaysia Kali Ke-46 Tahun 2018.
               Terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Sukan dan Kebudayaan Pelajaran Malaysia kerana telah memilih
               Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Pelajaran Sarawak sebagai tuan rumah bagi Pesta MSKPPM Kali Ke-46
               Tahun 2018. Pemilihan ini adalah satu amanah dan penghormatan kepada warga pendidikan Sarawak.

               Ja` Berambeh Ngagai Sarawak (Unity in Diversity) merupakan tema kepada Pesta MSKPPM kali Ke-46 pada
               tahun  ini  yang  membawa  maksud  marilah  datang  beramai-ramai  ke  Sarawak.  Diharap  kunjungan    warga
               pendidikan seluruh Malaysia ke Sarawak Bumi Kenyalang  akan dapat merapatkan lagi silaturrahim di samping
               mengenali Sarawak dengan lebih dekat.

               Penglibatan warga pendidikan seramai 2,024 orang daripada 17 buah pasukan, telah menghimpun seramai 1,677
               orang  pemain dan 347  orang pegawai  dalam  memeriahkan  Pesta  MSKPPM  pada  kali ini,  saya  kagumi  dan
               semoga  semangat  ini  dapat  diteruskan  pada  masa  akan  datang.  Saya  percaya  masing-masing  telah
               menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi menerusi 10 jenis aktiviti yang telah dipertandingkan iaitu sukan
               dan kebudayaan

               Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan tajaan.
               Kepada  Jawatankuasa  Pengeloa  dan  semua  pihak  yang  terlibat  secara  langsung  atau  tidak  langsung  yang
               samasama menjayakan Pesta MSKPPM Kali Ke-46 Tahun 2018.
               Sekian, terima kasih.


               Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
   1   2   3   4   5   6   7   8