Page 29 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 29

BOLA SEPAK






 STANDARD
 KANDUNGAN
           Melakukan kemahiran bola sepak

                                                       menggunakan pelbagai strategi dalam
                              situasi permainan.
    Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan strategi
 dalam permainan bola sepak.
    Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan
 keselamatan.
    Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
 melakukan aktiviti.
    Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
    Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
    Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa

 melakukan aktiviti fizikal.



 Pengenalan


 ola sepak merupakan permainan kategori serangan
 yang dianggap sebagai sukan utama bagi kebanyakan
 Bnegara di dunia. Permainan bola sepak telah mengalami
 transformasi yang begitu besar. Penerapan sains sukan dan
 kemajuan teknologi sukan telah menjadikan permainan bola
 sepak lebih menyeronokkan. Setiap pasukan mempunyai strategi
 dan formasi yang berbeza berdasarkan situasi permainan.
 Semua ini dirangka dan dilatih dengan kepakaran pengurusan
 dan jurulatih bagi setiap pasukan. Kemahiran asas dalam bola
 sepak seperti menendang, menyerkap, mengelecek, melakukan
 hantaran dan menanduk mempengaruhi formasi serangan
 dan bertahan yang akan dilakukan oleh jurulatih. Formasi
 serangan dan bertahan yang dibincangkan dapat membantu
 murid untuk merancang strategi dan taktikal secara sistematik,
 kreatif dan menyeronokkan.



                Mengelecek                     Melakukan hantaran                   Menjaring


 18                                                                                            19
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34