Page 32 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 32

Strategi Bertahan dalam Situasi Permainan                                                                            Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
                                                                                                                                    Formasi 5:4:1


                          Formasi 5:4:1                                                                                     1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada sebelas
                                                                                                                               orang pemain.
               1  Formasi ini menggunakan lima orang pemain pertahanan, empat orang pemain tengah dan                       2  Kumpulan A menyerang manakala Kumpulan B bersedia untuk bertahan. Murid yang tidak
                 seorang penyerang sebagai target man.                                                                         terlibat boleh menjadi penjaga garisan.
               2  Dua orang pemain stopper digunakan bagi mengawal penyerang pihak lawan.                                   3  Apabila diserang, pemain tengah akan membantu.
               3  Formasi ini boleh dikatakan mempunyai pertahanan paling kental dalam sistem permainan                     4  Penyerang perlu berada di tengah padang dan bersedia untuk melakukan serangan balas.
                 bola sepak. Apabila diserang, pemain tengah akan membantu untuk bertahan.                                  5  Semua pemain pertahanan perlu mengeluarkan bola dari zon bahaya. Bola boleh dihantar ke
               4  Target man berada di kawasan tengah padang. Jika ingin melakukan serangan balas, dua                         luar garisan di tepi atau dihantar ke tengah kepada penyerang bagi membuat serangan balas.
                 orang pemain pertahanan kiri dan kanan akan bertindak sebagai pemain sayap.                                6  Pelbagai kemahiran menendang perlu digunakan.
               5  Tiga orang pemain masih bertahan di kawasan pertahanan.                                                   7  Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
                                                                                                                               peraturan dan undang-undang permainan bola sepak.
                                                                                                                            8   Kumpulan yang dapat menahan bolos dikira sebagai pemenang.
                                                                      GK  Penjaga gol
                                                                      RB  Pemain pertahanan kanan
                                                                                                                            Variasi:
                                                                      CB  Pemain pertahanan tengah
                                                                                                                            1.  Ubah suai alatan
                                                                      LB  Pemain pertahanan kiri                            2.  Ubah suai saiz gelanggang
                                                                      LM  Pemain tengah kiri                                3.  Ubah suai tiang gol
                                                                                                                                                                                                                        Pendidikan Jasmani
                                                                      CM  Pemain tengah
                                                                      RM  Pemain tengah kanan
                                                                      CF  Penyerang




       Pendidikan Jasmani
                                      Formasi 5:4:1

                       Strategi Bertahan Formasi 5:4:1

               1  Lima orang pemain pertahanan akan mengawal pemain penyerang dan dua orang pemain
                 stopper diberi tugas khas mengawal penyerang lawan.
               2  Empat orang pemain tengah akan membantu pertahanan mengawal pemain lawan ketika
                 bertahan. Situasi ini menyukarkan pihak lawan untuk membuat jaringan.                                             Kekuatan dan Kelemahan
               3  Pemain pertahanan akan menggunakan kemahiran tendangan deras bagi mengeluarkan                                   Formasi 5:4:1
                 bola dari kawasan gol. Mereka juga boleh menggunakan tandukan bagi menyelamatkan gol                       Kekuatan
                 daripada dibolosi oleh pasukan lawan.                                                                      1.  Diguna pakai bagi jurulatih yang memilih untuk bertahan dalam sesuatu perlawanan. Hal ini bagi menyukarkan
               4  Pemain pertahanan boleh mengeluarkan bola dari zon bahaya dengan menendang bola                              pasukan lawan menyerang dan menjaringkan gol.
                 keluar dari padang atau menghantar terus kepada penyerang yang berada di tengah padang.                    Kelemahan
               5  Semua strategi dan taktikal bergantung kepada situasi semasa. Jurulatih perlu menyedari                   1.  Sukar membuat jaringan kerana hanya seorang sahaja pemain penyerang.
                 strategi yang dimainkan oleh pihak lawan dan bertindak segera bagi mendapatkan jaringan
                 seterusnya memenangi perlawanan.
                                                                                                                                                                                     IMBAS DI SINI      IMBAS DI SINI
                Glosari
                                                                                                                                    Kenapakah pemain perlu bijak          Contoh strategi         Nota
               Target man: Penyerang tunggal                                                                                        mengawal bola?                          bertahan             tambahan
               Stopper: Pemain pertahanan tengah yang mengawal penyerang pihak lawan.                                                                                     Tarikh capaian:       formasi 3:6:1
                                                                                                                                                                           22 Julai 2019

                                                                                                                                                                                                              23
                22
                22        SP :   1.2.2, 2.2.2, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.3, 5.4.1, 5.4.2                                                                                                                              23
                          SP:
                                1.2.2, 2.2.2
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37