Page 76 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 76

Kemahiran Semasa Bertahan                                                                                          Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
                                                                                                                                    Mengadang Jitu

              Kemahiran bertahan dalam permainan bola tampar bertujuan untuk menggagalkan setiap serangan
              yang dilakukan oleh pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan seseorang pemain sentiasa peka dan                  1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berenam.
              boleh membaca serangan yang dilakukan. Ketika bertahan, sesebuah pasukan boleh menggunakan                    2  Kedua-dua kumpulan menggunakan kemahiran mengadang yang telah dipelajari.
              pemain libero bagi memperkuat pertahanan di bahagian belakang. Secara ringkasnya, apabila                     3  Kumpulan A akan memulakan servis manakala Kumpulan B bersedia mengatur serangan.
              pasukan lawan melakukan serangan, pemain pasukan bertahan akan menghalang bola dengan                         4  Setiap kumpulan bebas melakukan kemahiran bertahan yang difikirkan sesuai. Gunakan kreativiti
              mengaplikasikan kemahiran bertahan seperti mengadang dan menyangga.                                              kumpulan dalam menggagalkan setiap serangan pihak lawan.
                                                                                                                            5  Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
                                                                                                                               peraturan dan undang-undang permainan bola tampar.
                                                                                                                            6  Kumpulan yang berjaya mengumpul 21 mata terawal dikira sebagai pemenang.
                                                                                                                            7  Selepas tamat permainan, setiap kumpulan perlu melakukan perbincangan serta sumbang
                                            Saya perlu                                                                         saran mengenai kekuatan dan kelemahan kemahiran yang digunakan ketika bertahan.
                                             merejam
                                           dengan kuat                                                                         Variasi:
                                          bagi mengatasi                                                                       1.  Ubah suai saiz gelanggang     2. Ubah suai bola   3. Ubah suai ketinggian jaring
                                          adangan lawan.                                                                       4.  Ubah suai jenis jaring



                                                                                                                                Saya perlu melonjak
                                                                                                                                 lebih tinggi bagi
                                                                                                                                 memastikan bola
                                                                                                                                yang direjam dapat              Kita perlu bersedia
                                                                                                                                     diadang.                                                                           Pendidikan Jasmani
                                                                                                                                                              memastikan bola yang
                                                                                                                                                              direjam dapat diangkat
                                                                                                                                                                  dengan baik.
               Kumpulan B                                                                                                                                                                 Kumpulan A
       Pendidikan Jasmani














                                                                                                                                                                                Pemain libero





                                                                                                                                                                                              Arah pergerakan bola
                                                                                                                                                                                              Arah pergerakan pemain
                 Glosari
               Libero: Pemain yang memiliki kualiti kemahiran menyangga dan bertahan yang baik. Pemain libero
               merupakan pemain pertahanan bahagian belakang yang berfungsi untuk menahan serangan lawan                                Sebagai pengadang, apakah perancangan dan strategi yang dipilih bagi memastikan adangan
               yang padu dan laju.                                                                                                      dilakukan dengan sempurna? Bincang dan berikan justifikasi anda.



                66       SP:   1.5.2, 2.5.1, 5.1.2, 5.2.2, 5.3.1, 5.4.2                                                                                                                                       67
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81