Page 74 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 74

Kemahiran Semasa Menyerang                                                                                          Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
                                                                                                                                    Penyerang Gagah

              Sesebuah pasukan yang melakukan serangan memerlukan kombinasi kemahiran bola tampar
              yang sesuai bagi memastikan serangan berjaya dilakukan. Pemain perlu menguasai kemahiran dan                  1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berenam.
              teknik yang betul ketika melakukan serangan. Serangan yang lengkap melibatkan menyangga,                      2  Kedua-dua kumpulan menggunakan kemahiran serangan yang telah dipelajari.
              mengumpan dan merejam. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain. Antara                    3  Kumpulan A akan memulakan servis manakala Kumpulan B menerima servis dan bersedia
              kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain adalah servis, menyangga, mengumpan                          mengatur serangan.
              dan merejam.                                                                                                  4  Kumpulan yang berjaya melakukan serangan akan diberikan satu mata walaupun bola tidak
                                                                                                                               berjaya dimatikan di gelanggang lawan.
                                                                                                                            5  Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
                                                                                                                               peraturan dan undang-undang permainan bola tampar.
                                                                                                                            6  Kumpulan yang berjaya mengumpul 25 mata terawal dikira sebagai pemenang.
                                                                                                                              Variasi:
                                                                                                                              1.  Ubah suai saiz gelanggang      2. Ubah suai bola         3. Ubah suai peraturan permainan
                                                                                                                              4.  Ubah suai ketinggian jaring     5. Tali sebagai alat ganti jaring
                            Saya perlu memastikan
                            servis yang dilakukan
                             tepat pada sasaran.
                                                                                                                                                                                        Saya perlu menyangga
                                                                                                                                                                                      tinggi supaya pengumpan
                                                                                                                                                                                                                        Pendidikan Jasmani
                                                                                                                                                                                         boleh mengumpan
                                                                                                                                     Pengumpan                                              dengan baik.



                                                     Kumpulan A                                                                                                                             Penyangga    Kumpulan B
                                                                                                                                                                                                             Kumpulan B
       Pendidikan Jasmani




                                                                                                                                                                        Bagi memastikan bola
                                                                                                                                                                        dapat direjam dengan
                                                                                                                                                                      baik, saya perlu melonjak
                                                                                                                                                                           dengan tinggi.
                                                                                                                                                      Perejam


                                                                                                                                                                                       Arah pergerakan bola
                                                                                                                                                                                       Arah pergerakan pemain
               Tahukah                                                                                                        Info
               ANDA                                                                                                           Terdapat beberapa kedudukan tangan ketika   1        2              3
                                                                                                                               TAMBAHAN
                Permainan bola tampar diperkenalkan oleh Profesor William G. Morgan pada 9 Februari 1895. Beliau menamakannya   melakukan rejaman:
                sebagai mintonette. Pada tahun 1896, nama mintonette ditukarkan kepada volleyball yang telah dicadangkan      1.  Rejaman dekat dengan jaring
                oleh Profesor Alfred T. Halstead dan dipersetujui oleh Profesor William G. Morgan.                            2.  Rejaman biasa (kurang 1.5 meter dari jaring)
                                                                                   Sumber: Chin (2017)                        3.  Rejaman jauh (lebih 1.5 meter dari jaring)



                                                                                                                                     Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh penyerang apabila menerima bola rendah?



                64        SP:   1.5.1, 2.5.1, 5.2.1, 5.3.1                                                                                                                                                    65
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79