Page 87 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 87
Aktiviti PAK-21
1 Huraikan situasi berdasarkan gambar rajah di bawah.
Tajuk: Nota interaktif bola tampar
Objektif: Merancang strategi menyerang dan bertahan dengan menggunakan beberapa
formasi dalam situasi permainan.
Alatan: Komputer
Tempat: Makmal komputer
Arahan:
1) Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil bertiga.
2) Setiap kumpulan dikehendaki mencari pelbagai maklumat mengenai permainan bola tampar Arah pergerakan bola
serta video perlawanan antarabangsa di laman sesawang atau YouTube. Arah pergerakan pemain
3) Cipta satu persembahan grafik dengan menggunakan pelbagai persembahan multimedia bagi:
• Menganalisis formasi dan strategi serangan dan bertahan dalam pertandingan bola 2 Senaraikan kemahiran bola tampar ketika menyerang dan bertahan dalam situasi permainan
tampar melalui video perlawanan bola tampar peringkat antarabangsa. sebenar yang perlu anda kuasai.
• Membuat justifikasi terhadap formasi pasukan untuk menyerang dan bertahan.
4) Bentangkan hasil persembahan anda di dalam kelas. Guru akan membuat penilaian dan 3 Setelah mempelajari kemahiran bola tampar semasa menyerang dan bertahan, anda
memberikan maklum balas. dikehendaki untuk merancang strategi serangan dan bertahan berdasarkan formasi yang
dipilih mengikut potensi setiap ahli pasukan anda. Gunakan papan taktikal untuk merangka Pendidikan Jasmani
strategi menyerang, bertahan dan formasi yang digunakan. Bentangkan hasil perbincangan
dan perancangan anda menggunakan kertas sebak di dalam kelas.
Pendidikan Jasmani
4 Sebagai seorang jurulatih bola tampar, anda dikehendaki untuk membentuk satu pasukan
impian yang mantap dari sudut serangan dan bertahan. Dapatkan maklumat bagi setiap
permainan terbaik dunia pada masa kini untuk anda senaraikan dalam pasukan impian
anda. Anda dikehendaki untuk:
a. Menyusun pemain mengikut kepakaran pemain tersebut.
b. Nyatakan justifikasi pemilihan pemain berdasarkan kepakaran.
5 Pada akhir PdP bola tampar, anda dan kumpulan diminta untuk mencari rakaman video
perlawanan di laman sesawang atau YouTube sama ada di peringkat negeri, kebangsaan,
mahupun peringkat antarabangsa. Analisis video tersebut serta kenal pasti formasi dan
strategi yang dimainkan dalam perlawanan tersebut. Rangka satu folio formasi dan strategi
bola tampar berdasarkan video yang anda analisis.
Contoh nota interaktif IMBAS DI SINI
Contoh cara
menghasilkan
nota interaktif
76 77

