Page 153 - BUKU TEKS T5
P. 153

iii) Perhubungan baik dengan pasangan

           Perhubungan baik dengan semua pihak dalam organisasi amat
           penting  bagi  menjayakan  sesebuah  perniagaan.  Usahawan
           harus mampu berkomunikasi dengan jelas dan berkesan supaya
           pengurusan perniagaan dapat dijalankan dengan sistematik.                 QR

           iv) Keupayaan membina jenama                                           Code
                                                                                 QR Code
           Keupayaan membina jenama akan memainkan peranan besar
           dalam membina rangkaian perniagaan usahawan. Hal ini kerana
           jenama yang kukuh akan menyakinkan lebih ramai pengguna.
           Usahawan juga berusaha untuk memastikan kualiti barang dan      Layari laman sesawang
           perkhidmatan demi mengekalkan nama baik jenama.                https://www.thevocket.com/
                                                                          orang-malaysia-forbes-30-
           v) Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu                under-30-asia-2017/ untuk
                                                                        mengetahui usahawan muda
           Semasa menjalankan perniagaan, usahawan perlu peka dengan    yang tersenarai dalam Forbes
           masalah kecil dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan    30 Under 30 Asia 2017.
           cepat  dan  sebaik  mungkin.  Keadaan  ini  dapat  mengelakkan
           situasi yang boleh merugikan usahawan.



           3. Kelebihan Menjadi Usahawan

           Usahawan merupakan penggerak dalam pembangunan, kemajuan dan pembangunan ekonomi
           negara. Terdapat beberapa kelebihan menjadi usahawan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan
           negara.



                                                                                                          BAB 5  BAB 5
                                                 Kelebihan


                    Diri               Keluarga             Masyarakat              Negara
               Membentuk diri         Peluang untuk         Memenuhi keperluan     Dapat
               untuk sentiasa        membuka               dan kehendak          memperkenalkan
               berfikiran positif,   perniagaan baharu.    masyarakat.           produk tempatan
               berdisiplin, bebas     Mempunyai             Memberikan           ke luar negara.
               mengeluarkan          kelebihan yang        pelbagai produk dan     Mewujudkan
               idea, dan cekap       dapat diwarisi dari   perkhidmatan.         kerjasama serantau.
               menguruskan masa.
                                     satu generasi ke       Membuka peluang       Mewujudkan
               Mewujudkan sikap      generasi yang lain.   pekerjaan.            pengaliran masuk         PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN
               berdikari.
                                      Memupuk minat                              modal asing.
               Sumber pendapatan     keusahawanan           Mewujudkan
                                                           ketenteraman dengan
               diri dan keluarga.    dalam kalangan ahli   mengurangkan kadar
                                     keluarga.
                                                           jenayah.

                                        Rajah 5.2 Kelebihan menjadi usahawan.





                                                                                              141
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158