Page 158 - BUKU TEKS T5
P. 158

Usahawan perlu ada strategi pemasaran iaitu perancangan untuk memasarkan produk secara
            berkesan. Terdapat dua faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran iaitu:

            i)  Sasaran pasaran
                Usahawan perlu mengetahui tentang ciri-ciri dan kehendak kumpulan pengguna tertentu untuk
                memasarkan produk atau perkhidmatan dengan lebih berkesan.
            ii)  Campuran pemasaran
                Terdiri daripada produk, tempat, harga, dan promosi yang memainkan peranan penting dalam
                menjayakan sesuatu perniagaan. Usahawan perlu mengeluarkan produk atau perkhidmatan
                yang berkualiti, memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan,
                menetapkan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dan menjalankan promosi dengan
                berkesan.







                                     Produk terdiri daripada barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
                                    kepada pengguna.
               Produk








                                     Strategi tempat dan saluran pengedaran untuk menyalurkan produk atau
               Tempat               perkhidmatan kepada pengguna.
               (Agihan)



    BAB 5
                                     Penetapan harga perlu mengambil kira semua kos yang terlibat seperti
                                     Penetapan harga perlu mengambil kira semua kos yang terlibat seperti
                                    kos operasi, pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan
                                    kos operasi, pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan
                                    pembangunan, pemasaran, pengiklanan serta gaji pekerja.
                                    pembangunan, pemasaran, pengiklanan serta gaji pekerja.
               Harga
               Harga



                                     Promosi merupakan bentuk komunikasi yang digunakan untuk
                                    memberitahu dan memujuk pengguna membeli produk atau perkhidmatan
                                    yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan.
               Promosi


    PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN
                                               Rajah 5.7 Campuran pemasaran.





             146
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163