Page 261 - BUKU TEKS T5
P. 261

L


           Liabiliti                  Nilai tanggungan atau hutang sesebuah syarikat kepada orang
                                      (syarikat) lain.
           Liabiliti bukan semasa     Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh
                                      melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
           Liabiliti semasa           Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat dijelaskan dalam
                                      tempoh setahun kewangan.



           M


           Mampan                     Kemampuan untuk terus berkembang dan mencapai tahap prestasi
                                      yang baik (bukan ekonomi, pembangunan).
           Margin keuntungan operasi   Mengukur peratus penambahan pada kos operasi bagi mendapatkan
                                      harga jualan.
           Merekrut                   Proses menggalakkan calon yang layak untuk memenuhi keperluan
                                      dan jawatan kosong dalam organisasi.
           Milikan tunggal            Perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja.
           Misi                       Pernyataan  yang  menerangkan  tujuan  khusus  bagi  sesebuah
                                      organisasi perniagaan.
           Modal                      Segala bentuk kekayaan yang digunakan untuk berniaga dan
                                      menambah kekayaan.
           Motivasi                   Faktor dalaman dan luaran yang menggerakkan seseorang untuk
                                      membuat sesuatu tindakan bagi mencapai matlamat.


           N



           Nisbah kecairan            Mengukur keupayaan aset dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa
                                      menjejaskan nilai aset sesebuah perniagaan.
           Nisbah semasa              Mengukur keupayaan sesebuah syarikat untuk menjelaskan semua
                                      liabiliti  (hutang jangka pendek) mengikut masa yang ditetapkan.

           Nisbah untung              Mengukur kadar untung atau pulangan yang diperoleh sesebuah
                                      perniagaan.










                                                                                              249
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266