Page 263 - BUKU TEKS T5
P. 263
Penyata pendapatan Penyata untuk mengukur prestasi operasi syarikat dalam
tempoh tertentu.
Perancangan sumber manusia Aktiviti menganalisis dan mengurus keperluan sumber manusia
bagi memastikan tidak berlaku lebihan atau kekurangan sumber
tenaga kerja dalam organisasi.
Perniagaan perkongsian Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama dua atau lebih
individu dengan tujuan memperoleh keuntungan.
Pihak berkepentingan Pelbagai pihak yang akan mempengaruhi secara langsung atau
tidak langsung terhadap operasi sesebuah perniagaan.
Proaktif Bersikap positif merangka dan mengawal tindakan yang
dilakukan jauh lebih awal daripada kejadian sesuatu perkara.
Produk Barangan yang dihasilkan oleh pengeluar dengan tujuan
memenuhi permintaan dalam pasaran.
Produktiviti Daya pengeluaran sesuatu produk.
Proforma Ramalan atau jangkaan.
Promosi Aktiviti penyebaran maklumat berkenaan dengan produk atau
perkhidamatan yang boleh mempengaruhi pengguna untuk
membeli produk atau perkhidmatan tersebut.
Pulangan aset Pulangan atas pelaburan mengukur keberkesanan syarikat
dalam menggunakan aset untuk menjana pelaburan.
Pusing ganti aset tetap Kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap untuk
menjana jualan.
Pusing ganti jumlah aset Kecekapan syarikat dalam menggunakan semua aset untuk
menjana jualan.
Pusing ganti stok Mengukur secara purata beberapa kali inventori dijual dalam
satu tempoh tertentu.
R
Rancangan pemasaran Perancangan perniagaan untuk memasarkan produk dan
perkhidmatan.
Rancangan pentadbiran Maklumat mengenai tenaga kerja dan kos perbelanjaan yang
terlibat di bahagian pentadbiran perniagaan.
Rancangan perniagaan Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan
atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan
terperinci.
251

