Page 67 - BUKU TEKS T5
P. 67

2.6      MEMBANDINGKAN KESAN PENGURUSAN
                     SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI DALAM
                     MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN SESEBUAH
                     ORGANISASI PERNIAGAAN


           Organisasi  yang  berbeza  mempunyai  pengurusan  sumber  fizikal  dan  sumber  teknologi  yang
           tersendiri.  Rajah  di  bawah  menerangkan  perbandingan  perniagaan  yang  berasaskan  produk   BAB 2
           (perusahaan biskut) dan perniagaan yang berasaskan perkhidmatan (membaiki motor).


                Jenis                     Perniagaan                  Perniagaan Berasaskan
             Perniagaan               Berasaskan Produk                    Perkhidmatan
                                        Syarikat Biskut                    Syarikat Servis
            Pengurusan                   Rangup Suria                        Motor Izhar
               sumber

                                     Kilang.                          Bengkel.
                                     Premis perniagaan.               Alat menukar tayar.
                                     Mesin pengadun.                  Alatan untuk baiki motor.
                                     Ketuhar.                         Stok tayar.
           Sumber fizikal                                                                                 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI
                                     Bahan mentah (tepung, gula,
                                     mentega).
                                     Biskut rangup.


                                     Insurans pelbagai risiko dapat    Insurans kemalangan.
                                     melindungi syarikat daripada     Insurans kebakaran.
              Prosedur               pelbagai aspek seperti kecurian    Penyelenggaraan alat menukar
             mengurus                dan kebakaran.                   tayar dan alatan untuk
                                     Penyelenggaraan kilang, premis,   membaiki motor.
                                     mesin, dan peralatan.


                     Rajah 2.8 Pengurusan sumber fizikal perniagaan berasaskan produk dan perkhidmatan.


           Berpandukan rajah di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua perniagaan tersebut
           memerlukan sumber fizikal dalam perniagaan mereka. Bagi Syarikat Biskut Rangup Suria, sumber
           fizikalnya adalah lebih banyak kerana melibatkan bahan mentah dan produk siap. Manakala bagi
           Syarikat Servis Motor Izhar, penggunaan sumber fizikal adalah kurang kerana perniagaan tersebut
           memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sahaja.
              Dari segi prosedur mengurus pula, didapati kedua-dua perniagaan tersebut mengambil
           insurans yang berkaitan dan berkepentingan seperti insurans kebakaran, kecurian, kehilangan,
           dan kerosakan agar perniagaan mereka dapat dilindungi daripada sebarang risiko.









                                                                            3.2.6       SP     55
                                                                                               55
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72