Page 70 - BUKU TEKS T5
P. 70

AKTIVITI
            KUMPULAN




                    1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.
                    2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih dua syarikat yang terletak di sekitar
                      kawasan anda.
                    3. Lakukan sesi temu bual untuk mendapatkan info tentang sumber fizikal dan
                      sumber teknologi yang digunakan.
    BAB 2
                    4. Semua ahli kumpulan melakukan aktiviti sumbang saran.
                    5. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.








              REFLEKSI




                  1. Sumber fizikal ialah semua aset nyata yang digunakan dalam perniagaan.
                  2. Sumber fizikal terdiri daripada bangunan dan kemudahan, kilang dan mesin,
                    peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, stok, bahan mentah serta
                    produk siap.
                  3. Prosedur mengurus sumber fizikal ialah:
                    (a) perlindungan insurans yang boleh diambil oleh usahawan seperti kebakaran,
                       kecurian, kehilangan atau kerosakan barangan.
    PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI
                    (b) bagi memastikan mesin dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
                       diselenggara secara berkala dan dibaik pulih jika berlaku kerosakan.
                  4. Sumber teknologi terdiri daripada harta intelek, lesen perisian, kemahiran
                    dan pengalaman.
                  5. Prosedur mengurus sumber teknologi boleh dilakukan melalui pendaftaran:
                    (a) paten.
                    (b) hak cipta terpelihara.
                  6. Sumber fizikal dan teknologi mempunyai perhubungan yang rapat dan perlu
                    diurus dengan efisien.
















             58
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75