Page 86 - BUKU TEKS T5
P. 86
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
• Credit Guarantee Corporation Malaysia QR
Berhad (CGC) atau dikenali sebagai Syarikat Code
Jaminan Kredit Malaysia memainkan peranan QR Code
pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi
negara dengan cara membantu usahawan PKS untuk berdaya maju
dan tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan Layari laman sesawang https://
daripada institusi kewangan. www.cgc.com.my/conventional-
schemes?lang=my untuk
• CGC berperanan sebagai pemberi jaminan kredit bagi memudahkan mengetahui Skim Konvensional
permohonan pinjaman atau pembiayaan usahawan diterima oleh yang ditawarkan CGC.
pihak bank.
Agrobank
BAB 3
BAB 3
• Agrobank merupakan sebuah bank milik
kerajaan di bawah naungan Kementerian
Kewangan yang fokus kepada pembangunan QR
dan perniagaan berkaitan pertanian. Code
QR Code
• Agrobank menyediakan pelbagai dana dan tabung untuk memberi
pinjaman pada kadar caj perkhidmatan yang rendah kepada
para petani untuk membeli tanah, mesin, jentera, jentolak dan
sebagainya. Layari laman sesawang
• Antara dana yang disediakan ialah: http://www.agrobank.com.
a) Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M-i) my/my/product/program/
b) Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I (Tawarruq) untuk mengetahui program
c) Program Agropreneur Muda (PAM) pembiayaan Agrobank.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
• Kementerian Sains, Teknologi dan
SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
Inovasi (MOSTI) telah menawarkan geran
insentif dalam bidang sains dan teknologi
untuk menggalakkan syarikat-syarikat
Malaysia terlibat dengan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) produk.
• MOSTI telah memperkenalkan dana baru QR
iaitu Dana SMART dan Dana GO. Dana SMART bertujuan untuk Code
mencari usahawan atau penyelidik yang boleh memberi penyelesaian QR Code
terhadap keperluan strategik dan keutamaan dalam bidang teknologi,
pemprosesan dan produk.
• Dana GO pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Dana Fasilitasi dan Layari laman sesawang http://
Dana Inno. Dana Fasilitasi merupakan dana yang disediakan bagi www.mosti.gov.my/dana-geran/
membantu pemohon mengurangkan jurang kegagalan antara fasa pra permohonan-dana-2/ untuk
pengkomersialan kepada pengkomersialan. Manakala Dana Inno pula mengetahui dana yang
adalah untuk membiayai pembangunan atau penambahbaikan produk ditawarkan MOSTI.
atau perkhidmatan dengan unsur-unsur inovasi.
74

