Page 2 - season (7)-merged
P. 2

Kata Alu-Aluan Pengerusi Sek.Menengah

                                       Kejohanan Sofbol Mssd Klang 2022

              Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

              Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-
              Nya,  saya  diberi  kesempatan  untuk  menyampaikan  sepatah  dua  kata  sempena  Kejohanan
              Softbol MSSD Klang 2022.

              Terima kasih diucapkan kepada Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Klang
              terutama  kepada  Encik  Mohd  Rizal bin M  E  Abdul Salam  atas  sokongan  dalam menjayakan
              kejohanan ini. Tidak lupa kepada Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya yang bertindak sebagai
              penganjur bersama dalam kejohanan ini serta urus setia yang terlibat sama ada secara lansung
              dan tidak langsung. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu kejohanan ini
              sukar untuk dilaksanakan. Oleh itu, saya selaku Pengetua SAM Sultan Hisamuddin Sg.Bertih
              mengucapkan  tahniah  dan  syabas  kepada  yang  terlibat  kerana  telah  mempamerkan
              kesungguhan dalam merealisasikan Kejohanan Softbol MSSD tahun 2022 ini.

              Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan pasti mempunyai cita-cita besar untuk melahirkan
              lebih  banyak  bakat  murid  sama  ada  dalam  kurikulum  dan  kokurikulum.  Melalui  kejohanan
              softbol yang dilaksanakan, pelbagai pihak akan melihat kemenjadian murid dalam bidang ini.
              Bagi menghasilkan kejayaan dalam kejohanan ini, pastinya usaha dan kerjasama daripada warga
              sekolah amat diharapkan supaya impian dan harapan ini dapat dicapai seiring dengan matlamat
              Kementerian  Pendidikan  Malaysia  agar  membangunkan  potensi  individu  bagi  memenuhi
              aspirasi negara.Untuk mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang
              tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah
              agar bakat murid terus digilap. Semoga berkat kesungguhan dan kerjasama jitu kita semua, lebih
              banyak bakat murid yang dapat diserlahkan bukan sahaja di peringkat daerah malah hingga
              peringkat negeri dan kebangsaan.

              Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
              jawatankuasa yang telah berusaha gigih dalam menyempurnakan kejohanan ini dengan jayanya.
              Sama-samalah  kita  menjalankan  tugas  dan  amanah  yang  dipertanggungjawabkan  dengan
              penuh keikhlasan. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal soleh yang akan kita
              kecapi pada kemudian hari.

              Harum sungguh bunga kemboja,
              Disusun dara dibuat cincin,
              Sukan membentuk semangat waja,
              Jiwa ceria cergas berdisiplin.

              Sekian. Wassalam

              RAHMAN B. SULAIMAN
              PENGETUA
              SAM SULTAN HISAMUDDIN
   1   2   3   4   5   6   7