Page 3 - season (7)-merged
P. 3

Kata Alu-Aluan Pengerusi Sek.Rendah

                                       Kejohanan Sofbol Mssd Klang 2022


              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

              Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
              saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Kejohanan Softbol MSSD
              Klang 2022.

              Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Unit Pembangunan Bakat
              Murid (Sukan) Sektor Pembangunan Murid PPD Klang atas pelbagai usaha yang dirancang demi
              memajukan program pembangunan sukan daerah ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga
              diucapkan  kepada  penganjur  bersama  SAM  Sultan  Hisamuddin  ,  Sg  Bertih  ,Jawatankuasa  Induk,
              Jawatankuasa  Pelaksana,  pasukan    dan  semua  warga  kerja  yang  terlibat  dalam  pengelolaan
              Kejohanan Softbol MSSD Klang 2022Justeru, kejohanan ini juga merupakan platform terbaik bagi
              memilih atlet berprestasi tinggi ke kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan nanti.

              Sesungguhnya penyertaan murid dalam kejohanan ini sangat signifikan dan selaras dengan Dasar
              1Murid 1 Sukan. Dasar ini mewajibkan murid menyertai sekurangnya satu jenis sukan di peringkat
              sekolah dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan
              insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hasrat Kementerian Pendidikan
              Malaysia  juga  menggalakkan  penyertaan  aktif  setiap  murid  dalam  kegiatan  sukan  agar  dapat
              melahirkan modal insan yang berguna dan seterusnya membangunkan mutu sukan negara.

              Pendedahan awal dalam kegiatan sukan boleh membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sukan
              di negara ini pada masa akan datang dan mampu melahirkan lebih ramai atlet yang berkalibar dan
              mampu bertanding  di peringkat  antarabangsa  apabila  diberi peluang  yang  seluas-luasnya  untuk
              menceburi bidang sukan sejak di bangku sekolah lagi.Seterusnya, melalui kegiatan sukan diharapkan
              dapat membentuk generasi yang berperibadi mulia demi membina negara bangsa, membangunkan
              modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Kegiatan sukan banyak
              memberi impak yang sangat besar kepada seseorang murid. Melalui kegiatan sukan, murid akan
              belajar  erti  disiplin,  semangat  setiakawan  dan  tidak  mudah  berputus  asa  selain  memperoleh
              keseronokan, kemahiran dan kecemerlangan apabila kejayaan dikecapi.

              Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak atas kejayaan menganjurkan
              kejohanan yang berprestij pada kali ini dan selamat bertanding kepada semua pasukan.

              “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
              “SEDERAP MENGGARAP KECEMERLANGAN”

              Sekian, Terima Kasih

              MAHAT BIN ABD HAMID
              GURU BESAR
              SK PANDAMARAN JAYA
   1   2   3   4   5   6   7   8