Page 15 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 15
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAMARAN JAYA
PELABUHAN KLANG
Tarikh : 29 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 08 : 30 pagi
Tempat : Dewan Wawasan SKPJ
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi ( YDP PIBG)
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 YDP mengucapkan terima kasih krpada semua ibu bapa dan guru yang hadir.
1.3 Semoga perjumpaan dalam mesyuarat kali ini dapat menyelesaikan segala permasalahan
yang timbul dan mendapat kata putus daripada pihak PIBG.
Agenda 2 : Ucapan Penasihat ( GURU BESAR )
2.1 Puan Hjh Noorkedah Binti Yusuf mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan
guru atas kehadiran hari ini.
2.2 Beliau memohon maaf atas kelewatan beliau menghadiri mesyuarat kali ini. Beliau
memaklumkan keadaan kesihatan beliau dan usaha untuk menghadiri mesyuarat pada kali
ini kerana ini adalah mesyuarat PIBG yang terakhir baginya selaku guru besar sebelum
berpencen.
2.3 Puan Hjh Noorkedah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa PIBG ditubuhkan untuk
kemajuan anak-anak di sekolah dan beliau meminta kerjasama dan peranan ibu bapa
dalam semua perkara berkaitan sekolah.
2.4 Puan Hjh Noorkedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Hadith, barisan AJK
PIBG dan semua guru untuk segalanya sepanjang berkhidmat di SKPJ.
Agenda 3 : Ucapan Perasmian
3.1 Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Asmizam bin Zaman Huri,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, N46 Pelabuhan Klang.
15 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G S K P J K A L I K E - 3 6

