Page 17 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 17
Agenda 8 : Perkara-perkara Berbangkit
8.1 En Andri Gromico mempertikaikan jumlah duit yang telah dikeluarkan oleh PIBG bagi
membuat laluan tempat letak motorsikal berhampiran pagar A.
8.2 En Andri Gromico juga mempertikaikan kelulusan tender oleh Pejabat Tanah. Beliau
mengatakan sepatutnya YDP PIBG mencari tender yang lebih murah supaya dapat
menjimatkan kos perbelanjaan. Beliau juga mempertikaikan mengapa PIBG
menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk menyiapkan tempat letak motorsikal
tersebut sedangkan prasarana di sekolah tidak diselenggara dengan baik seperti bilik
makmal komputer.
8.3 YDP PIBG, En Hadith menerangkan bahawa kos yang dikeluarkan bersesuaian dengan
kebesaran laluan motorsikal tersebut. Beliau juga menegaskan beliau akan mencari dana
untuk menampung semula akaun PIBG sekolah.
8.4 En Razali bin Zainal mempertikaikan jumlah pengeluaran wang PIBG bagi pemasangan
lapan kipas di kawasan sekolah. Beliau mencadangkan agar pihak PIBG dapat
menuliskan jenama kipas yang digunakan. Beliau juga mencadangkan agar segala
bengkel dan barang-barang yang dibeli ditulis secara jelas. Tuliskan juga nama
penceramah dan penggunaan duit bagi setiap bengkel yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Beliau juga meminta pihak PIBG cakna dengan keadaan komputer-komputer yang
terdapat di sekolah.
8.5 YDP PIBG, En Hadith menerangkan pengeluaran wang PIBG untuk pemasangan 8 kipas
di kawasan sekolah adalah keputusan ahli majlis terdahulu sebelum beliau diberi mandat
memegang jawatan YDP PIBG. Manakala Puan Salina pula menerangkan setiap bengkel
tidak perlu di tulis dalam laporan, kerana laporan itu adalah laporan secara ‘lump sum’
bagi semua aktiviti yang dijalankan di sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa
komputer-komputer di makmal komputer akan ditambah baik dari masa ke semasa.
8.6 En Andri Gromico mempertikaikan kutipan wang RM3 yang dikutip oleh PIBG bagi
membayar pengawal sekolah menjaga laluan jalan raya dihadapan sekolah. Beliau
mempersoalkan mengapa kutipan itu diadakan tanpa meminta persetujuaan ibu bapa.
8.7 YDP PIBG, En Hadith menerangkan beliau tidak perlu menunggu dan bertanya setiap ibu
bapa jika keputusan yang dibuat itu demi kepentingan murid kerana mesyuarat agung
PIBG dijalankan hanya setahun sekali. Beliau telah bermesyuarat dengan AJK PIBG dan
17 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G S K P J K A L I K E - 3 6

