Page 125 - SK tingkatan 5
P. 125

LATIHAN PENGUKUHAN                             2.1


                       1  Anda ingin membina pangkalan data buku alamat untuk menyimpan maklumat rakan-rakan
                        anda. Nyatakan atribut yang terdapat dalam situasi ini.

                                            Atribut                      Contoh
                                    Atribut mudah
                                    Atribut komposit
                                    Atribut nilai gandaan
                                    Atribut kunci

                       2  Lukis Rajah Hubungan Entiti (ERD) bagi setiap pernyataan yang berikut:
                        (a)  Setiap pelanggan bank boleh memiliki beberapa jenis akaun dan setiap jenis akaun
                           hanya boleh dimiliki oleh seorang pelanggan.
                        (b)  Di hospital, seorang pesakit boleh dirawat oleh beberapa orang doktor dan seorang
                           doktor boleh merawat lebih daripada seorang pesakit.
                       3  Rajah 1 menunjukkan hubungan antara dua jadual dalam satu pangkalan data.

                            PELAJAR

                                 NoPelajar        NamaPelajar         Alamat           NoTelefon


                            BILIK

                                  NoBilik           Lokasi           NoPelajar



                                                           Rajah 1
                          Lengkapkan pernyataan yang berikut:

                        Berdasarkan Rajah 1, NoPelajar ialah kunci          dalam jadual PELAJAR dan
                                       dalam jadual BILIK. NoBilik ialah kunci       . Hubungan yang
                        ditunjukkan ialah            .

                       4  Jelaskan kegunaan arahan SELECT dalam Bahasa Pertanyaan Berstruktur. Berikan contoh.

                       5  Pertimbangkan jadual PELANGGAN yang berikut:

                          PELANGGAN
                              NoPelanggan        NamaPelanggan       AlamatPelanggan
                                 1000                Janet            Sandakan, Sabah
                                 1100               Zhi Enn          Kuching, Sarawak



                                                                         BAB 2  Pangkalan Data Lanjutan 117
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130