Page 128 - SK tingkatan 5
P. 128

latihan pengayaan
                                                                                        2





                 Untuk soalan-soalan 1–7, isi tempat kosong dengan memilih perkataan atau frasa yang paling
                 sesuai.


                              Penormalan                    Entiti                Kebergantungan transitif
                                DELETE                      Atribut            Kebergantungan fungsi separa

                                DROP                      Kunci primer               CREATE TABLE
                                SELECT                     Anomali                    Kunci asing

                   1               ialah kunci yang digunakan untuk mengelakkan pertindihan data dalam
                     pangkalan data.
                   2  Pernyataan              table dalam SQL digunakan untuk menghapuskan jadual daripada
                     pangkalan data.
                   3  Pelanggan, Kereta dan Hotel ialah contoh-contoh        .
                   4  Kebergantungan fungsi antara dua atau lebih atribut bukan kunci dikenali sebagai
                                  .
                   5  “Ralat yang mungkin berlaku apabila pengguna mengemaskinikan jadual yang mengandungi
                     data yang berulang.” Penyataan ini merupakan definisi       .

                   6  Pernyataan              digunakan untuk mencapai data daripada jadual dalam pangkalan
                     data.
                   7               ialah ciri-ciri yang menghuraikan sesuatu entiti.

                   8  Berdasarkan situasi yang diberikan, jawab soalan-soalan yang berikut:

                      Kolej Cemerlang mempunyai 30 buah asrama. Setiap pelajar yang mendaftar akan ditempatkan
                      di salah sebuah asrama. Setiap asrama boleh menampung beberapa orang pelajar. Untuk
                      setiap asrama, pihak pengurusan telah memberikan nombor asrama, nama dan lokasi. Setiap
                      asrama mempunyai beberapa buah bilik yang ditetapkan dengan nombor bilik, nama bilik dan
                      nama blok. Setiap bilik akan dikongsi oleh dua orang pelajar. Maklumat pelajar seperti nombor
                      pelajar, nama dan alamat akan diambil untuk simpanan pihak pengurusan asrama. Setiap
                      pelajar mesti ditempatkan di dalam bilik asrama tetapi mungkin terdapat bilik asrama yang
                      tidak didiami oleh pelajar.


                     (a)  Kenal pasti entiti, atribut dan hubungan.
                     (b)  Lukis rajah hubungan entiti (ERD).
                     (c)  Petakan rajah hubungan entiti kepada skema hubungan.






                 120   Sains Komputer Tingkatan 5
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133