Page 156 - SK tingkatan 5
P. 156

AKTIVITI 4             Atur cara Penskripan Klien bagi Mencari Nilai menggunakan Carian Perduaan
                                           Kerja Individu
                                          (Binary Search)

                  Objektif: Menghasilkan atur cara penskripan klien untuk mencari nilai daripada satu senarai
                           nilai menggunakan kaedah carian perduaan (binary search).

                  75% daripada karbon monoksida dilepaskan daripada pengangkutan seperti kereta dan bas. Di kawasan
                  bandar, pelepasan karbon monoksida yang berbahaya menyebabkan pencemaran udara sebanyak
                  50% hingga 90%.
                  Diberi maklumat statistik pelepasan karbon monoksida berdasarkan jenis pengangkutan seperti di bawah:

                                      Pelepasan Karbon Monoksida Per Kilometer Mengikut Jenis Pengangkutan
                          Pelepasan Karbon Monoksida Per Km  200  96  186  71        56
                            250
                                        205


                            150

                            100

                             50

                              0


                                                             Bas
                              Kereta      Kapal terbang  Jenis Pengangkutan  Kereta api  Motosikal
                    Bahagian 1:

                    Tulis atur cara penskripan klien yang dapat:
                    (a)  menerima senarai nilai pelepasan karbon monoksida yang ditunjukkan dalam rajah di atas (205,
                       96, 186, 71, 56).
                    (b)  Seterusnya, mencari nilai 186, iaitu pelepasan monoksida oleh sebuah bas menggunakan Carian
                       Perduaan (binary search).
                    (c)  Paparkan mesej "Pelepasan monoksida oleh sebuah bas" jika nilai di (b) dijumpai.

                    Bahagian 2:
                    Tulis carta alir yang lengkap bagi atur cara yang telah dibina pada Bahagian 1.


                 Pengiraan untuk Mendapatkan Nilai-nilai Maksimum, Minimum
                 dan Mean


                 Mendapatkan Nilai Maksimum
                 Nilai maksimum merujuk nilai terbesar dalam suatu senarai nilai. Proses mencari nilai maksimum
                 dapat dilaksanakan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.1.28.



                 148   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161