Page 165 - SK tingkatan 5
P. 165

Mendapatkan Nilai Mean
                  Mean merujuk purata nilai dalam suatu senarai nilai. Untuk mendapatkan purata, yang berikut ialah
                  langkah-langkah yang perlu dilaksanakan:
                  1  Jumlahkan nilai-nilai dalam senarai nilai tersebut
                  2  Dapatkan bilangan nilai yang terdapat dalam senarai

                  3  Nilai mean dikira dengan membahagikan nilai jumlah dengan bilangan nilai yang terdapat dalam
                     senarai (Formula: Mean = Jumlah/Bilangan)




                   CONTOH        13

                  Contoh 13 menunjukkan proses mengira dan mendapatkan nilai purata (mean) bagi sebilangan nombor.
                  Nombor-nombor dimasukkan oleh pengguna dan seterusnya atur cara akan mengira jumlah nombor-
                  nombor tersebut. Purata akan dikira dengan menggunakan formula purata = jumlah ÷ bilangan.
                  Untuk mengira nilai purata, nilai jumlah dan bilangan perlu diperoleh dahulu. Formula bagi jumlah ialah
                  jumlah = jumlah + no manakala formula bagi bilangan ialah pembilang = pembilang + 1.
                  Contoh atur cara JavaScript dan output ditunjukkan pada Rajah 3.1.38(a) dan 3.1.38(b).



                    <html>                                                               Memberi nilai awal
                       <body>                                                            kepada pembilang,
                          <script>                                                       jumlah dan purata
                             var no, pembilang=0, ulang=false, jumlah=0, purata=0;       (iaitu nilai awal ialah 0)
                             do
                             {                                                           Sebab: Tiada nilai lagi
                                no = parseInt (prompt("Masukkan satu nombor:"));         untuk dikira
                                pembilang = pembilang + 1;
                                jumlah = jumlah + no;
                                ulang = confirm("Ulang sekali lagi?");
                             }while(ulang == true);
                                                                              Mengira bilangan (dengan
                             purata = jumlah/pembilang;                       menambah 1 kepada pembilang)
                             document.write(purata);                          dan mengira jumlah (dengan
                                                                              menambah nilai kepada jumlah)
                          </script>
                       </body>
                    </html>

                                                                             Mengira purata nilai.
                                                                             Formula: jumlah/pembilang


                              nombor dimasukkan oleh
                              pengguna (prompt) dan pastikan
                              bernilai integer (parseInt)




                                        Rajah 3.1.38(a)  Atur cara JavaScript (mendapatkan nilai mean)



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 157
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170