Page 218 - SK tingkatan 5
P. 218
Rajah 3.1.47 Output (isih tatasusunan)
Penerangan:
1 Terdapat satu tatasusunan, iaitu senarai negara.
2 Satu lagi tatasusunan, iaitu suhu bagi setiap negara tersenarai pada (1).
3 Paparkan negara dan suhu.
4 Laksanakan isihan buih.
5 Setiap kali suhu disusun atau ditukar kedudukan, nama negara juga akan ditukar kedudukannya
mengikut suhunya.
6 Paparkan negara dan suhu yang telah diisih.
Kerja Individu
AKTIVITI 12 Tatasusunan dalam atur cara Bahasa Penskripan Klien
Objektif: Menggunakan tatasusunan bagi menyimpan dan memproses nilai-nilai.
Lakukan aktiviti ini di dalam makmal komputer.
Langkah-langkah:
1 Buka perisian Notepad.
2 Bina atur cara HTML dan JavaScript yang dapat:
(a) menyimpan senarai ketinggian bagi tujuh orang pelajar dalam satu tatasusunan.
(b) mengisih dan memaparkan ketinggian pelajar-pelajar tersebut.
210 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

