Page 213 - SK tingkatan 5
P. 213
3.1.8 Penggunaan Tatasusunan (Array) dalam Bahasa
Penskripan Klien
Penggunaan tatasusunan dalam bahasa penskripan klien adalah sama dengan penggunaan
tatasusunan Java yang telah dipelajari semasa di Tingkatan 4. Penggunaan tatasusunan adalah untuk
menyimpan satu senarai nilai dalam satu pemboleh ubah.
• Pengisytiharan tatasusunan (array) dalam bahasa penskripan klien
Sintaks:
var nama_tatasusunan = [unsur1, unsur2, ...];
Contoh pengisytiharan:
var no = [ ];
• Memberikan nilai awalan tatasusunan (array) dalam bahasa penskripan klien
Nilai awal atau dikenali sebagai nilai pertama boleh diletakkan di dalam tatasusunan sebelum nilai-
nilai tersebut diubah pada arahan atur cara yang seterusnya.
Contoh:
(a) Memberikan nilai awalan semasa pengisytiharan:
var no = [5,-1,4,12,8];
(b) Memberikan nilai awalan selepas pengisytiharan:
• Nilai diberikan kepada pemboleh ubah no dengan merujuk indeks yang bermula dengan 0.
• Indeks ialah nombor yang mewakili setiap lokasi dalam tatasusunan.
• Indeks 0 merujuk nilai pertama dalam tatasusunan, indeks 1 merujuk nilai kedua dalam
tatasusunan dan seterusnya sehingga indeks n, nilai n dalam tatasusunan.
var no = [ ];
no[0] = 5;
no[1] = -1;
no[2] = 4;
no[3] = 12;
no[4] = 8;
• Input nilai tatasusunan (array) dalam atur cara bahasa penskripan klien
Input ialah nilai yang diterima daripada pengguna atur cara. Sekiranya pengguna atur cara
memasukkan nilai menggunakan kotak prompt, yang berikut ialah cara input nilai tatasusunan:
var input;
var no = [ ];
input = prompt("Sila masukkan satu nombor:";)
no[0]=input;
input = prompt("Sila masukkan satu nombor:");
no[1]=input;
input = prompt("Sila masukkan satu nombor:");
no[2]=input;
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 205

