Page 269 - SK tingkatan 5
P. 269
print "<td>".$nomurid."</td>";
print "<td>".$nama."</td>";
print "<td>".$kelas."</td>";
print "</tr>";
}
print "</table>";
?>
mysq1i_close($con);
</body>
<html>
Rajah 3.2.42 Atur cara dalam laman web PelajarNegeri.php
Rajah 3.2.43 Paparan output bagi laman web PelajarNegeri.php
3.2.9 Membina Daftar (Sign Up) dan Log Masuk (Login)
dalam Suatu Laman Web
Kebanyakan laman web pada masa ini menghendaki pengguna mendaftar sebagai pengguna/ahli yang
sah sebelum dibenarkan untuk mencapai data daripadanya. Setelah pengesahan dilakukan, barulah
pengguna dapat melayari laman web tersebut.
Contoh-contoh laman web yang memerlukan pendaftaran (sign up) adalah seperti laman web
keahlian kelab/persatuan sekolah, laman web syarikat untuk pekerja-pekerja, laman web media sosial
dan sebagainya.
Laman web tersebut hanya membenarkan perkongsian data atau maklumat seperti gambar, video,
artikel dan lain-lain kepada ahli-ahli berdaftar sahaja. Dalam bahagian ini, kita akan membina laman
web daftar (sign up) dan seterusnya laman web masuk (login) untuk pengguna berdaftar.
CONTOH 11
Contoh 11 menerangkan pembinaan laman web pendaftaran ahli untuk Kelab Catur sekolah. Rajah
3.2.44 menunjukkan atur cara dalam laman web DaftarAhli.php manakala paparan outputnya seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.2.45. Proses pendaftaran ahli akan dilaksanakan oleh atur cara dalam laman
web ProsesDaftar.php seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.46.
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 261

